Assalamualaikum, dan salam sejahtera.
Setelah saya menghadiri Program Pengkarya Guru Siri ke 4, saya telah dapat ilmu yang sangat berguna untuk dikongsikan bersama. Menurut Pn. Nisah Haron seorang bekas peguam dan kini seorang novelis menyatakan bahawa setiap karya yang telah dicatat adalah hak milik orang tersebut termaksuklah di dalam internet.
Barulah saya ketahui bahawa menulis puisi di blog kemudian menghantar puisi ke penerbit merupakan satu kesalahan kerana puisi itu tidak 'segar' lagi bahkan ditonton oleh orang lain. Oleh yang demikian, saya terpaksa memadamkan semua puisi yang sama dihantar ke mbkm. Disini saya meminta maaf kerana saya kurang ilmu tentang hak cipta ini. Saya juga berharap kepada sesiapa yang membuat puisi di blog, sekiranya ada pertandingan sila adakan puisi yang lain untuk tujuan tersebut.
Sekian, Sampai disini dahulu, tika masa kita bertemu lagi... Insya ALLAH... :)