Wednesday, 21 March 2012

Puisi Zaman Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera... dengan tajuk Puisi Zaman Sekolah merupakan beberapa buah puisi yang saya ciptakan di zaman sekolah dahulu.. pelbagai tema tidak terhad kepada soal cinta sahaja, al maklumlah.. pada masa itu, saya pun tak beberapa khatam tentang ilmu cinta.. yang saya tahu cinta kepada Tuhan, Ibu Bapa, Keluarga, Sahabat, Guru, dan alam sekitar... oleh itu sebagai permulaan biarlah saya memaparkan beberapa puisi ini.. diharap yang membacanya akan terhibur...terima kasih. :)

Puisi 1
Tajuk : Alam Flora

Burung-burung berterbangan
di angkasa raya
berkicau-kicauan
memuji-muji ciptaan Tuhan...

Duniaku dipenuhi
alam Flora
penuh warna warni
kembang harum mewangi
Indahnya dunia ku ini...

Jangan di sunting bunga itu
kelak terasa kehilangan sesuatu
biarkanlah ia di situ
di kelilingi pelbagai tetamu...

Ku harap duniaku ini
sentiasa berseri-seri
untuk generasi ke generasi
jangan dimusnahkan kerna ianya milik Tuhan.

Tahun Nukilan di karang : 1996 ( Tingkatan 2)

Puisi 2
Tajuk : Guru

Guru,
Kau umpama cahaya
yang menerangi hidupku
sebagai seorang pelajar
tanpamu,
aku bagai tiada tujuan hidup
untuk berikan aku maklumat
apakah itu cita-cita dan kejayaan.

Guru,
Ku tahu kau penat
melayani kerenah para pelajarmu
namun kau tetap bersabar
tetap teguh memberi tunjuk ajar
agar diriku serta pelajarmu yang lainnya
menjadi insan berguna
kepada agama, bangsa dan negara.

Guru,
ketika aku diambang kejayaan
kau berikan ucapan tahniah dan pujian
tetapi yang palingku ingati
ketika aku dalam kegagalan
kau berikanku sokongan, dorongan dan harapan
biar ketika itu ramai yang mencemuhku
biar ketika itu ramai yang mematahkan semangatku.

Guru,
Terima kasih atas tunjuk ajarmu
akanku kenang buat selamanya
jasamu terpahat di jiwa
buat selama-lamanya
aku berdoa agar guru akan terus berbakti
demi anak bangsa tercinta...

Nukilan Tahun 1997 (Tingkatan 3)

Puisi 3
Tajuk : Sahabat

Sahabatku,
Ada masanya kita bertenglingkah pendapat
Ada masanya kita saling cemburu
Ada masanya kita jarang bertegur sapa
Kerana ego kita terpisah
Kerana kita selalu yakin diri kita tidak bersalah

Sahabat,
Atas perpisahan ini membuatku resah gelisah
Atas pertengkaran ini membuat aku rasa sedih dan pilu
Atas permusuhan ini membuatkan kita menjadi sunyi sepi
Mengapa kita harus bermasam muka lagi?
Sedangkan kita telah berkawan sejak di bangku tadika lagi?

Sahabat,
Ku utuskan puisi ini buatmu
agar kau akan mengerti
betapa sunyinya duniaku tanpamu
biarlah aku mengalah
biarlah aku memohon maaf kepadamu
atas kelanjuran kata-kataku
yang menyentuh sanubarimu
sehingga kau terluka kerana ku.

Sahabat,
Aku mengharapkan jawapanmu
Agar kita bersahabat semula seperti dulu
Sesungguh kaulah sahabat yang terbaik
yang pernah ku ada
dahulu, kini dan selamanya...

Nukilan pada Tahun 1997 (tingkatan 3)

Anda semua tentu hairan... hanya tiga sahaja ke puisi yang dicipta semasa sekolah dulu? Sebenarnya banyak lagi tetapi sayang... buku koleksi saya telah hilang semasa berpindah dari asrama Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia Lembah Pantai, Kerinchi, Kuala Lumpur Tahun 2003 ke Asrama IPBA Lembah pantai yang telah disewa untuk mahasiswi kerana tingkat 18 di IPBMM dah penuh untuk mahasiswa. huhuhu.. sedihnya... :(

Oklah setakat di sini saja.. nanti Puisi Cinta Pandang Pertama pula... kita jumpa lagi
Insya ALLAH... :)

   

No comments:

Post a Comment