Monday, 25 June 2012

Program Pengkarya Guru MBKM 2012


Assalamualaikum, hmm.. dah lama tak kembali ruangan ini.. jadi baru-baru ni saya ingin mencerita pengalaman saya menyertai progam Pengkarya Guru di bawah Kementerian Pelajaran anjuran bersama Majlis buku Kebangsaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini merupakan siri kedua bagi anajuran mereka dan kali pertama bagi warga pendidik di seluruh negara. Saya amat berbesar hati kerana terpilih diantara 140 peserta yang melibatkan latar belakang yang perbagai. Ada guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, guru besar , pengetua, pensyarah hingga ke pengarah pelajaran negeri pun berminat untuk bercipta menulis buku kanak-kanak. Jika dibandingkan dengan saya ni cuma guru prasekolah sahaja... Tetapi setelah mendapat suntikan semangat oleh pihak penganjur, yang mengatakan bahawa semua adalah sama untuk menjadi seorang pengkarya, membuatkan untuk saya terus berjuang.

Oleh telah saya teruskan perjuangan sehingga ke saat-saat akhir iaitu pada 6, 7, dan 8 Julai nanti akan saya hadiri membentangkan karya yang saya ciptakan untuk pihak penerbit... Ya, kini saya sedar yang kita kekurangan untuk puisi ditujukan kepada kanak-kanak. mereka pun perlukan puisi sebagai khazanah yang perlu mereka terokai dan dihayati.

Hmm.. sampai di sini sahaja dulu memandangkan masa mencemburui saya. Akan disusuli dengan perkara yang akan datang sekian, wassalam...







No comments:

Post a Comment